Friday, April 1, 2011

~ jom kita amalkan ~


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...walaupun jadual seharian amat meletihkan,, tapi hati masih lagi boleh terisi...naseb baik ada join group 'remaja masjid' kat yahoo...ade jugak la yang mengingatkan tentang apa yang kita lupa...syukur atas nikmat-Mu, Ya Allah...



fadhilat membaca ayat kursi selepas solat :

sabda Rasulullah s.a.w :
"sesiapa yang membaca ayat kursi pada penghujung setiap solat fardhu ( iaitu selepas solat ) , tidak akan menegahnya drpd masuk syurga melainkan ianya meninggal dunia."

~ hadis riwayat oleh Imam Nasai' dan Ibnu Habban dalam sahihnya drpd Abu Umamah ~

maksudnya :
hanya mati sajalah yg mmbolehkannya masuk ke syurga, iaitu jika orang itu meninggal dunia dan tempatnya ialah terus ke syurga...




diantara 10 surah mujarab :

1- surah al-fatihah
amalkan sebelum hendak tidur diikuti dgn membaca surah al-ikhlas 3 kali, surah al-falaq dan surah an-nas...insya-Allah akan aman tenteram dan terjauh drpd gangguan syaitan...
dianjurkan membaca surah ini 44 kali utk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain2 nya dgn izin Allah...utk mncegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dgn mengerjakan solat 5 waktu


2- surah yaasin
telah bersabda Rasulullah s.a.w. : "sesungguhnya bg setiap sesuatu itu ada hati dan hati
Al-Quran ialah surah yaasin...sesiapa yg mmbaca surah yaasin, nescaya akan ditulis oleh Allah pahala menyamai 10 kali mmbaca Al-Quran seluruhnya."
( hadis riwayat At-Tirmizi dr Anas r.a. )..

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : "surah yaasin dinamakan didalam kitab Taurat dgn sebutan "At-Mu'ammah"(yang umum), yg mgumumkan pembacanya dgn kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahupun di akhirat. pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mgampunkan dosanya.."
( hadis riwayat Malik, Ibnu Sunni dan Ibnu Hibban )...

surah yaasin jika diamalkan juga, akan terselamat dari kehausan di hari KIAMAT...

3- surah ad-Dukhan
dibaca sekali pada malam jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar...


4- surah al-Waqiah
menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w. mereka yang mengamalkan membaca surah al- Waqiah pada tiap2 malam , insya-Allah tidak akan merasai kepapaan...mereka yang membacanya sebagai wirid, insya-Allah akan beroleh kesenangan selama2nya...mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya-Allah akan dikurniakan dgn rezeki yang banyak...selepas solat Isya' , ambillah segelas air lalu bacalah surah al- Fatihah sekali, ayatul Qursi sekali dan surah al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali, tiup dalam air dan minum...dalam hati niat utk mnjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga kita...makna surah al-Waqiah ayat 35-38 ialah : "sesungguhnya kami telah mnciptakan isteri2 mereka dgn ciptaan istimewa serta kami jadikan mereka sentiasa dara
( yang tidak pernah disentuh ), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dgn umurnya...


5- surah al-Kauthar
sesiapa yang mgamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan mghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat...sesiapa yang membacanya 1,000 kali juga selepas solat Isya' hingga dia tertidur, insya-Allah akan dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya...


6- surah al-Kaafirun
sesiapa yang membaca surah al-Kaafirun , maka bandingan nya seperti membaca seperempat Al-Quran, disamping terlepas drpd syirik, terjauh drpd godaan syaitan dan terlepas drpd peristiwa yang mengejutkan...( riwayat At-Tirmizi )..

sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita...


7- surah al-Mulk
surah al-Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya...menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w mereka yang mengamalkan membaca surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa2nya... mereka yang membacanya pada setiap malam, insya-Allah akan terlepas drpd azab kubur...


8- surah al-Ikhlas
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kpd isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : " wahai Aisyah, isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Quran"
Siti Aisyah lalu mnjawab : " wahai suamiku, aku tidak mampu khatam Al-Quran sebanyak 30 juzuk itu."...apabila mendengar kata2 tersebut, baginda tersenyum lalu menjawab :
"barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah2 dia telah khatam Al-Quran keseluruhannya"...dari Rasulullah pernah bersabda kpd Saidina Ali r.a., "sesiapa yang hendak bermusafir, kemudian ketika dia hndak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali"...Ibnu Said Al- Khanafi menerangkan : "surah ini dinamakan surah al-Ikhlas yang bererti bersih atau lepas. maka barangsiapa yang membacanya dan mengamalkannya dgn hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan dari kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakaratul maut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari Kiamat."


9- surah al-Falaq
Siti Aisyah menerangkan : "bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, baginda membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. barangsiapa yang terkena penyakit kerena perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah al-Falaq dan surah an-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut2. barangsiapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut akan kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah surag al-Falaq dan surah an-Nas sebanyak 100 kali..."


10- surah an-Nas
surah an-Nas adalah surah yang terakhir ( ke 114 ) dalam Al-Quran. nama an-Nas diambil dari kata an-Nas yang berulangkali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. surah ini termasuk dalam golongan surah makiyyah. isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahupun jin. surah an-Nas juga adalah penerang hati.



~ RENUNG2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL ~


No comments:

Post a Comment