Friday, July 29, 2011

~ apa itu riak??? ~


Riak itu ialah : menuntut sesuatu pangkat/kedudukan dengan cara melakukan ibadat. semua sedia maklum bahawa riak itu adalah suatu yang haram. Riak berasal daripada kalimah ‘roa’ iaitu bermaksud lihat. Riak itu suatu yang dikeji dan dimurkai Allah.

Mengapa riak itu tidak dibenarkan..? kerana seseorang yang riak dalam amalan bermakna dia telah mengambil sesuatu yang keji (redha manusia)dan dia telah meninggalkan sesuatu yang mulia (redha Allah). sedangkan Allah telah menjanjikan ganjaran yang sangat besar bagi hamba-hambanya yang ikhlas dlm beramal, lalu mengapa manusia berpaling daripada memilih ganjaran Allah sebaliknya mendambakan pandangan dan pujian manusia.

Riak itu ibarat manusia berpakaian hitam yang berjalan di dalam gelap. Sukar untuk disedari akan kewujudannya kecuali bagi orang2 yang selalu bermuhasabah dan memperbaharui niatnya.

Riak adalah perosak bagi sesuatu amalan..lawan bagi riak adalah dengan ikhlas. Ramai orang yang boleh beramal,berpersatuan dari pagi sampai ke malam, berdakwah bertahun-tahun, ringan tangan dalam memberi sumbangan...namun persoalannya adakah amalan itu benar-benar ikhlas dengan niat yang tiada lain kecuali hanya satu..kerana Allah.

Sedangkan syarat bagi penerimaan suatu amalan itu disisi Allah adalah :
1)dengan niat yang ikhlas sebelum,semasa dan selepas kita melakukan amalan itu
2)dengan berlandaskan ketetapan syara'

Diceritakan daripada anak murid kepada Junaid al-Bagdadi bahawa setelah gurunya Junaid meninggal..dia telah bermimpi bertemu dengan gurunya itu dan bertanya tentang keadaan gurunya itu..

Kata Junaid, "telah habis segla (amalan)ilmu-ilmu yang telah aku ajar dan habis semua amalan-amalan sufi aku melainkan hanya beberapa rakaat daripada solat yang aku lakukan sebelum subuh (yakni tahajjud)"

Tahajjud yg dilakukan semasa tiada orang lain yg melihat melainkan Allah dan para malaikat yg menyaksikan..sedangkan amalan-amalan lain biasanya dilihat oleh manusia lalu menimbulkan rasa riak dan senang hati.

Peliharalah amalan seboleh-bolehnya agar tidak dilihat oleh org lain..Ali bin Zainal Abidin dikisahkan bahawa dibawah matanya ada garis hitam dan dibelakang badannya juga ada tompok hitam. hal ini kerana byknya dia menangis dan pada malam hari dia akan mengangkat barang2 yg ingin disedekahkan pd org2 miskin..sehingga begitu sekali dia menjaga amalannya!! agar benar-benar bersih tanpa riak..agar amalan itu ikhlas dan akhirnya diterima Allah.

Kata ibrahim adham pula , "Jangan kamu bertanya pada seseorang itu sama ada dia berpuasa atau tidak"

Hal ini kerana dibimbangi dengan kita bertanya kepadanya..jika dia berpuasa dia akan menjadi gembira dan riak dan jika dia tidak berpuasa dia akan menjadi sedih dan terkilan kerana semasa ditanyakan soalan itu dia tidak berpuasa dan org lain tidak dpt tau kebaikannya.

No comments:

Post a Comment