“Adakah Tuhan menciptakan segala yang wujud di dunia ini?”.
Seorang mahasiswa dengan berani menjawab, “Ya betul, Dia yang ciptakan semuanya”.
“Tuhan menciptakan semuanya?” Tanya professor sekali lagi. “Ya prof, semuanya” kata mahasiswa tersebut.
Profesor itu menjawab, “Jika Tuhan telah ciptakan segalanya, ini bermaksud Tuhan telah ciptakan kejahatan juga. Kerana kejahatan itu wujud, dan menurut prinsip kita bahawa perbuatan kita menggambarkan siapa diri kita, jadi kita boleh anggap bahawa Tuhan itu adalah jahat”.
Mahasiswa itu terdiam dan tidak boleh menjawab hipotesis professor tersebut. Profesor itu merasakan bahawa dia telah menang dan merasa bangga terhadap dirinya kerana sekali lagi dia telah berjaya membuktikan bahawa agama itu adalah sebuah mitos.
Mahasiswa lain mengangkat tangan dan berkata, “Profesor, boleh saya bertanya sesuatu?”
“Silakan,” jawab si Profesor,
Mahasiswa itu berdiri dan bertanya, “Profesor, adakah kesejukan itu wujud?”
“Apa maksud soalan tu? Tentu lah kesejukan itu wujud.” “Kamu tidak pernah kena selsema? “Tanya si professor itu diiringi dengan gelak ketawa daripada mahasiswa lain.
Mahasiswa itu menjawab, “Walhal, Pada asalnya, kesejukan itu sebenarnya tidak wujud… Menurut hukum fizik, yang kita anggap sejuk itu adalah apabila tiada panas. Suhu yang kurang daripada -0oC telah menyebabkan panas tidak wujud sama sekali. Dan semua zarah menjadi beku serta tidak boleh bertindak balas pada suhu tersebut. Kita ciptakan kata sejuk untuk menerangkan apabila panas itu tidak wujud.”
Mahasiswa itu meneruskan, “Profesor, adakah gelap itu wujud?”
Profesor itu menjawab, “Tentu saja itu ia wujud.”
Mahasiswa itu menjawab, “Sekali lagi prof salah. Gelap itu juga tidak wujud. Gelap adalah keadaan di mana apabila tiadanya cahaya. Cahaya boleh kita pelajari tetapi gelap tidak.
Kita boleh menggunakan prinsip Newton untuk memecahkan cahaya menjadi beberapa warna dan mempelajari berbagai panjangnya gelombang setiap warna. Tapi anda tidak boleh mengukur gelap. Seberapa gelap suatu ruangan diukur dengan keamatan cahaya dalam ruangan tersebut. Perkataan gelap dipakai manusia untuk menerangkan apabila tiadanya cahaya. ”
Akhirnya mahasiswa itu bertanya, “Profesor, adakah kejahatan itu wujud?”
Dengan rasa bimbang professor itu menjawab, “Tentu lah seperti yang telah saya katakan sebelum ini. Kita melihat setiap hari di tv. Banyak kejadian jenayah dan keganasan di antara manusia. Perkara-perkara tersebut telah menggambarkan bahawa kejahatan itu wujud.”
Mahasiswa tersebut terus membalas. “Sekali lagi prof salah.
Kajahatan itu sebenarnya tidak wujud. Kejahatan berlaku apabila tiadanya Tuhan. Seperti sejuk atau gelap, kajahatan adalah perkataan yang dipakai manusia untuk menggambarkan apabila tiadanya Tuhan.
Tuhan tidak ciptakan kajahatan. Kajahatan itu wujud apabila tiadanya perasaan cinta terhadap Tuhan di dalam diri manusia. Seperti juga sejuk yang timbul apabila tiadanya panas dan gelap yang timbul apabila tiadannya cahaya. ”
Profesor itu terdiam.
Tahu tak siapa mahasiswa tersebut?
Mahasiswa tersebut adalah “Albert Einstein”.
No comments:
Post a Comment