Thursday, February 16, 2012

~ bila hati cintakan Islam ~



:: buat renungan bersama ::



bila hati cintakan islam
masa berlalu terlalu singkat
kerana gerakan kerja islam terlalu banyak
ingat Allah disetiap langkah dan perkiraan masamu
win as mujahid or die as assyahid


bila hati cintakan islam
maka semuanya akan terselamat
itu juga menandakan hati hidup
tapi ramai yang katakan cinta
tetapi sikap diri kita mencerminkan sebaliknya


bila hati cintakan islam
tak kisah korbankan segala-galanya
harta, masa, tenaga dan dunia
segalanya demi islam tercinta


bila kita didatangi ujian
itu menandakan Allah menyayangi kita
dengan memberi sesuatu yang lebih baik
selepas berlalunya ujian itu
kerana tanpa ujian tersebut
kita akan alpa pada-Nya
dengan ujian tersebut
diri dapat ditarbiyah



* * * * * * * * * * * * * * *


~ cinta Allah terlindung disebalik dugaanNya ~
dimana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung

:: jangan pernah mengalah dijalan Allah ::



* * * * * * * * * * * * * * *


"janganlah kamu bersikap lemah
dan janganlah pula kamu bersedih hati
padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya
jika kamu orang yang beriman"
surah ali-imran : 139



* * * * * * * * * * * * * * *


ketika satu pintu kebahagiaan tertutup
pintu lain dibukakan..
tapi, seringkali kita terpaku terlalu lama
pada pintu yang tertutup itu
sehingga tidak melihat pada
pintu lain yang terbuka untuk kita...





No comments:

Post a Comment