Monday, October 10, 2011

~ dilema umat islam ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

terkesan dengan satu kisah yang dihantar melalui e-mail melalui seorang sumber...harap dapat dijadikan pedoman dan diambil iktibar drpd kisah ni~


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan.

Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif.

Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat.

Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz datang melawat mereka.

Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka pesakit HIV.

Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di dalam sebuah gereja.

Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang dewasa adalah di gereja.

Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini.

Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan yang dibuat oleh orang Islam.

Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan.

Saya malu pada diri saya saat ini.

Seolah-olah, saya diberi tahu,

"Apa-lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara se-Islam yang sakit pun tidak dihiraukan".

Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu,

"Imam masjid sebelah selalu datang"

Hati saya menyapa:-

Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindugan ini, bukannya tak ada tanah..."

"Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulan sekali lah."

Hati saya menyapa:-

"Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu."

Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan.

Tajuk apa yang saya nak sampaikan?

Tajuk Ukhuwah?

Tajuk berkasih sayang sesama Islam?

Tajuk "semua perkara ada hikmah"?

Tajuk apa?

Tajuk apa yang sesuai?

"Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.."

rintih hati saya atau lebih tepat:-

"Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini.."

Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit.

Saya hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia.

Semakin banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:-

"Ah... pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah..."

Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza.

Majlis berakhir dengan bersalaman.

Salah seorang penghuni, dengan suara yang rendah, berkata pada saya:-

"Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.."

Nak menitik air mata saya melihat mereka.

Dari mata mereka, mereka seolah-olah memberi tahu saya,

"Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini"

Saya melangkah keluar dari dewan kuliah.

Di sebelahnya terdapat salib.

Yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta.

Mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata:-

"Nanti datang lagi ye.."

Van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja.

Hati saya tak putus-putus berdoa:-

"Ya Allah, selamatkan iman mereka. Ya Allah, beri kami kemampuan, dalam tahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gereja ini Ya Allah."

Kami meninggalkan tempat ini.

InsyaAllah, selepas saya pulang dari Turki nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya.

Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah, ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa seperti ini yang dibuat.

Selagi ada orang Islam yang masih duduk di gereja ini, selagi itulah tanggung jawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orang Islam.

Saya menyeru pada semua pembaca. Mari sama-sama kita usahakan.

Jika ada niat, maka, insyaAllah, pasti ada jalan.

InsyaAllah, saya akan mewar-warkan pada semua jika ia akan dimulakan.

InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan keluarkan mereka dari gereja ini.

InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumah penjagaan bagi orang Islam.

Semoga sedikti niat ini mendapat bantuan ilahi, amin...

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"


sumber :

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

Sunday, October 9, 2011

~ thanks buddies ~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

segala pujian bagi-Nya, masih dapat merasai nikmatnya..esok dah start semula kuliah..
syukur sangat2 sebab baru mgu ni ade jgk org nak diajak berjemaah..that's why i like bile dpat berkumpul dgn bdk2 BRaIns..thanks very2 much to elmi farhana abd rahim sbb sudi nak ambik pahala jemaah same2..and thans too sbb sudi tasmi' quran after long time tak tasmi'..rindu lak suasana sekolah sebab ade mase nak hafal and tasmi'...rindu nak menghafal...

thanks to :

puteri fatiah nadirah megat ahmad mokhtar
siti nor zahirah abdullah
noralia mohd
and
elmi farhana abd rahim

sekali lagi
sbb sudi menceriakan hari mgu kite2 sume~


tanggal 14hb 11 ni dah makin hampir...semalam angah ada call ajak p nilai mgu depan nak hantar along kat KLIA...tapi, dah dekat nak final and the most thing is pihak atasan tak bagi keluar dah katenye...nanti mase cuti semester konfem sunyi rumah sebab tak dk org nak gaduh & cakap mlm2 sblum tdo...tak pe la, panjang umur ketemu lagi kan~



:: along ::




:: my sweet sisters::





~ kenyataan hidup di sebalik permainan ~


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada
satu permainan...

Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!",
jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian
mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin
cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang
perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.

Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah
kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.

Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik,
Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah,
tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend,
hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya
tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.

Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang
anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya
mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan
lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia
ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid,
begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan
menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan
dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang
kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai
dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan
dulu,

kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai
dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun
anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara
yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?"
tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar,
akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka
akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..."

Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

Wednesday, October 5, 2011

~ coretan budak matrik ~



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..masih lagi berpeluang menulis di sini..entah kenapa beberapa hari ni asyik nak menulis disini..maybe sbb bnyk sgt bnda yg terjadi..semua subjek dah hampir habis dan ada jgk yg dah habis belajar..alhamdulillah, insya-Allah ad masa utk review & recover topik yang tak berapa nak faham..

tiba2 teringat serangkap ayat drpd pensyarah biology, katanya :


''dalam hidup kita,
kadang2 Allah berikan kekayaan
tetapi ditarik nikmatnya...
ada ketika,
diberikan nikmatnya
tetapi ditarik kekayaannya...''


terasa begitu mendalam ayat ni kalau betul2 mghayati & mendalaminya...bila direnungkan semula, i'm agree100% with that statement...


and~ i'm really2 shock bila dapat tahu ada sorang budak chinese & indian kat sini masuk islam..yg indian tu kata nya dah lama, tapi yang chinese tu kata nya baru dua minggu lepas after ramadhan..alhamdulillah..suka sgt2 bila dgr berita ni..hidayah Allah ada kat mane2 saje, tapi kita kenalah berusaha & cari..jgn dok nunggu mcm tunggu bulan jatuk ke riba..


'sesiapa yang mendakwa islam tidak lengkap,
maka gugurlah imannya'


dalam pada tu, walaupun semua dah tahu ayt2 ni, tapi ada jugak yang nak mempertikaikan kenapa islam suruh buat macam2...bnyk sgt2 senario yang terjadi kat sini...susah nak gambarkan nya dan lebih susah bila nak tanganinya...so, kata putus telah diambil oleh kami2 semua utk hindarnya dgn hati walaupun tu adalah selemah2 iman...susah sgt2 nak jaga ikhtilat kat sini sebab lelaki & pmpn bebas bergaul, tak ada sape nak tegur & tak da sape nak ambil kisah..tapi, yang masalahnya, kami2 la..sakit mate menengoknye..hehe..


bak kate sir sathia :

'' nanti awak keluar dr lecture hall 5 ni,
you all akan nampak clockwise and anticlockwise
duduk kat kerusi bawah tangga, tempat2 gelap..''


malu jugak bila dia kate cenggitu sbb kebnyakkan nya budak melayu yang buat..terase jgak mcm terkena tempias nya walau pun tak buat..harap2 dikuatkan iman utk hindarkan diri drpd segala maksiat tu..



setakat ni insya-Allah ok lagi duk kat sini..bnyk sgt dugaan nya..kalau pasal kawan lagi la..teringat kawan2 masa kat BRaIns dulu..ada yang OK dan ada yang KO...kat sini jmpa mcm2 ragam lagi... ada tu smpai menyampah sgt2...same things going on here..rindu plak kat kengkawan yang selalu ade walau pun mase susah dan senang...bukan mudah nak cari kawan yang macam ni...


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

:: norazmaiha abd aziz ::
:: nur shahira mat salleh ::
miss you~
love you buddies~
friends forever~



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


✿ Ketika kerjamu tak dihargai, saat itu kau sedang belajar KETULUSAN

✿ Ketika usahamu dinilai tak penting, saat itu kau sedang belajar KEIKHLASAN

✿ Ketika hatimu terluka sangat dalam, saat itu kau sedang belajar MEMAAFKAN

✿ Ketika kau merasa sepi & sendiri, saat itu kau sedang belajar KETANGGUHAN




Tuesday, October 4, 2011

~ online etiquette ~



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

alhamdulillah..dpt lagi menulis di laman ni..just got some task from miss aunah..we all have to write something tntg apa yang tlh dipelajari..so, i decide to write about netiquette~

lepas belajar semua ni, barulah tahu ada jugak etika ketika online..kalau tak, takkan pernah tahu dan tak akan ambil tahu..tapi lepas dah tahu dan lebih2 lagi dah belajar, kenalah beramal,kan?? bukan ke pepatah arab ada mengatakan :


'ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah'


so, pandai2 lah fikirkan sendiri dan buat yang terbaik lepas tahu semua ni..



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *



:: NETIQUETTE ::


definition :

~ code of acceptable behaviours users should follow while on internet
~ term of politeness when use internet
~ referred to etiquette on the internet



areas where highly stressed :

~ e-mail
~ online chat
~ newsgroup


rules of netiquette :

1) keep message brief
(don't send uncompressed attachment)

2) be clear
(make sure subject line @ page title reflect the content)

3) use appropriate language

4) be careful when using sacasm and humor
(might be misinterpreted)

5) avoid sending SPAM

6) avoid forward chain letter

7) avoid sending or posting flames

8) never read someone's private email

9) clearly identify a spoiler which is a message that reveals a solution to a game or ending to a movie or program

10) read the FAQ

11) do not assume material is accurate or up to date.be forgiving others' mistakes

12) obey copyright laws

13) cite others' work you use




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


for additional information, please refer to :