Wednesday, July 25, 2012

~ ramadhan kareem ~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Ramadhan datang lagi..selamat berpuasa kepada semua..

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untukAllah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian" (Riwayat Muslim)

So friends, jom buat ibadah bnyk2 bulan puasa ni..banyak lagi amalan yang boleh kita buat dan kena baiki diri sendiri jugak..moga akhlak mahmudah menghiasi peribadi diri sendiri..

kurangkan kata2 yang mengarut dibulan ramadhan ni..Sabda Nabi Muhammad s.aw. lagi: "Bukan yang bermakna puasa itu sekadar menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari langha (perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji" (Riwayat Muslim)
  
~ for additional info ~
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Jika kamu berpuasa maka bersiwaklah (gosok gigi) diwaktu pagi dan jangan diwaktu petang,maka sesungguhnya tiada orang puasa yang kering bibirnya diwaktu petang melainkan akan menjadi cahaya didepan matanya pada hari kiamat" (Riwayat Al-Tabrani)


Sunday, July 15, 2012

~ ' teratak hati 1st Giveaway^Jom Berpakaian Muslimah!! ' ~





credit to Angah Besar coz ajak acik join benda cenggini..

nak jgk mencoba naseb untuk giveaway ni..
hadiah sponsored by Anggun Solehah Shop =)


okey, back to the topic now~
the question is :

# Senaraikan ciri-ciri pakaian seorang muslimah.

1-  menutup aurat secara keseluruhannya kecuali muka dan tapak tangan..
(memenuhi tuntutan islam sebagai wanita muslimah)

2-  tidak terlalu nipis / ketat / jarang and seumpama dengannya..
(tak payh la nak pakai sangat baju adek  tu!!)

3-  tak pakai bau-bauan yang terlalu wangi based on  
sabda Nabi SAW :
" mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar dan melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka cium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandangnya adalah zina.."
~ hadith riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim ~

4-  tidak menyerupai pakaian orang bukan islam..
tunjukkan identiti sebagai muslimah coz pakaian mencerminkan peribadi seseorang..





contoh :




so, nak tag to my sis, Inche' Chies Long...jom join this giveaway~ 
^^,



~ bicara hawa ~


Diriku bukan setabah Ummu Khadijah 
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah 
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah 
Mahupun sehebat Ummu Sulaim 
Dan tidak seteguh Aisya Humaira 
Kerana diri cuma An-Nisaa' akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa'
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara kerana padanya ada Pahala! Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku.. Aamiin..