Sunday, April 4, 2010

jangan kita lupa...


mungkin kerana kita leka
sekali pena terlepas dari genggaman
ucapan OPPS mendahului YA ALLAH...

bila perut kenyang
KENYANGNYA mengatasi ALHAMDULILLAH...

bila diri terpegun dengan keindahan alam
SUBHANALLAH tertutup oleh CANTIKNYA...

bila dikunjungi berita malang
KASIHANNYA terucap kerana kita lupa INNALILLAH...

kadangkala kita terlupa
kerana
terbiasa...

tapi,
ingatlah agar bila IZRAIL mendekati kita
biarlah ucapan LAILAHAILLALAH menjadi juara mengatasi segalanya...

No comments:

Post a Comment