Sunday, June 26, 2011

~ andai kau... ~

Apabila kau ingin berteman,
janganlah kerana kelebihannya,
kerana mungkin dengan satu kelemahan,
kau mungkin akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman,
janganlah kerana kebaikannya,
kerana mungkin dengan satu keburukan,
kau akan membencinya.

Andai kau ingin SAHABAT yang satu,
janganlah kerana ilmunya,
kerana apabila dia buntu,
kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang teman,
janganlah kerana sifat cerianya,
kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
kau mungkin akan menyalahkannya.

Andai kau ingin bersahabat,
terimalah dia seadanya,
kerana dia seorang SAHABAT yang hanya manusia biasa.
Jangan diharapkan sempurna,
kerana diri kita juga tidak sempurna...

Renung2kanlah. .kita semua adalah sama,HAMBA ALLAH YANG SATU,
buruk dan baiknya diri kita,tiada siapapun yang berhak untuk
mengutuk..
kerana kita adalah sebaik-baik kejadian...
UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA..


Friday, June 24, 2011

~ kisah : gelagat syaitan di kenduri perkahwinan ~



Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia
bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.....
Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya.
maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti.
Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari.
tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.
Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian
menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang.

Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan,
siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu?

Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu bukanlah manusia biasa
kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam.

Sementara jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan.

Menurut salah satu drpd budak2 itu,
rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.

Tok Dahaman bertanya dimana rumah...?
Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu.
Sudah sah lah yg budak-budak itu adalahanak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

Menurut Tok Dahaman,
anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk
memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang
perihal rumah mereka yg telah runtuh itu.

Akan tetapi, Tok Dahaman
menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat
mencari ibu bapa mereka
kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia
dengan pandangan mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening.
Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap
benda-benda hijab dibuka.

Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti
kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka
memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.

Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan

segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan
isterinya pun memakai minyak tersebut.
Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina
di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki.

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening,
mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai.

Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak,
mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan
berbagai jenis najis ke dalam segala masakan
(kerana org ygmemasak tidak membaca Bismillah...),
syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil
dan besar ke dalam piring dan mangkuk...

Ada juga yg muntah ke dalam makanan,
ada yang bergayut di bahu, duduk dikepala dan riba manusia. Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidaktergamak untuk makan.

org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.

Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan
kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan
kerana syaitan lebih sibuk
mengalahkan manusia di rumah kenduri.

Setelah sibuk mencari,
akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut.


Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya.
Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta
memberitahu kepada syaitan
tersebut bahawa rumahnya telah runtuh.
Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya
bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.

Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman,
syaitan tersebut pun berlari
pulang sambil memijak kepala orang ramai.
Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh.
Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan
betina yang sama-sama makan kenduri
dengan org perempuan bahkan di
bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi
kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka.

Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal
oleh ibu bapa mereka.
mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai
makanan dari pinggan atau tangan orang.
Ada yg membuang air kecil sambil
bergayut di jendela rumah
Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik
pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok
Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang
bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu.
Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.

Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat
isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek.

Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan
kepada orang ramai tentang sebab keanehan
sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak.
Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh
menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.

Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah
BISMILLAH.....



DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, EDISI PENGENALAN,
CETAKAN PERTAMA 1999.
Wallahualam


MORAL OF THE STORY;
APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU MULAKAN
DENGAN UCAPAN BISMILLAH...



semoga hari ini lebih baik dari semalam..

~ statistik umat islam di Malaysia ~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...hujung minggu lah masa yang paling ditunggu2 bila dag masuk matrik... hehehe...inilah masa yang paling sesuai untuk berehat dan bersantai sikit...terbukak email dan terbacalah satu tajuk yang sangat menarik perhatian...so,,, copy and paste je lah...hehehe...selamat membaca dan sama2 lah kita muhasabah diri sendiri...


1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya

2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan

4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tom tom bak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya

5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan

6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama

7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt

9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang

10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri

11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwalikan imam

12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda

13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak

14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memiliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak

16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu

17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari

18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang

19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit

20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan

21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH

semua statistik dipaparkan atas usaha untuk menyedarkan diri sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk"

Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri,

Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?

Wallahua'alam

Thursday, June 23, 2011

~ betapa ALLAH mencintaimu ~


Bismillahir-Rahmanir-Rahim ...
Betapa Allah Mencintai mu…
Dia menciptakan mu dalam bentuk yang sebaik-baiknya…
Dia selalu menjaga mu… tiap detik… tiap minit… dan setiap waktu… tanpa kenal lelah & letih…
Dia memberi mu ujian & masalah untuk kamu atasi agar kamu menjadi orang yg tegar, sabar dan selalu mengingat Nya
Dia memberikan kamu rasa sedih & rasa bahagia, agar kamu selalu bersyukur kepada Nya & tidak menjadi orang yg sombong…
Dia selalu memaafkan semua kesalahan mu…
jika kamu benar bertaubat pada Nya
Dia selalu mencatat setiap kebaikan mu walaupun kebaikan itu hanya sebesar zarah dibumi atau dilangit…
Dia selalu memberi rezeki kepada mu tanpa disangka-sangka…

Tapi apakah kamu sudah benar-benar mencintai Allah seperti Allah mencintai kamu?
Apakah kamu sudah benar-benar mencintai Allah dengan sesungguhnya?

Tanya kepada hati mu…
Apa yang sudah kau lakukan sebagai bukti kau mencintai Allah dengan sesungguhnya…
Sudahkah kamu mencintai Allah seperti Allah mencintai kamu…
Sudahkah kamu melakukan solat 5 waktu tepat pada waktunya… andai kau tahu, bahawa amalan pertama yang dihisab adalah Solat…
Sudahkah kamu membaca Al Quran setiap saat…
Sudahkah kamu memahami apa yang ada di dalam kitab mu Al Quran… Andai kau tahu sesungguhnya apa yg ada didunia ini telah tertulis dalam Al-Quran
Sudahkah hati mu mencerminkan 99 Asmaul Husna…
Sudahkah kamu mempunyai hati yang selalu pemaaf…seperti Allah yang selalu mahu memaafkan kesalahan mu, jika kamu bertaubat dgn sungguh ..

Sudahkah kita menyisihkan sedikit penghasilan kita untuk orang-orang yang kurang mampu…
Sudahkah kita selalu bersyukur atas nikmat yang Allah berikan…
Apakah rasa cinta mu kepada Allah lebih besar daripada rasa cinta mu kepada makhluk ciptaan Nya

Terkadang kita kesal, marah, dan kecewa pada Allah, atas ujian atau cubaan yang kita terima…

Tapi apakah pada saat kita mendapatkan kebahagiaan, kita sering bersyukur & berterima kasih kepada Allah…

Pernahkah kita selalu berbaik sangka kepada Allah atas semua hal yg kita alami…

Andai kau tahu… sungguh ujian atau cubaan yang selama ini kamu terima, itu sebagai tanda rasa sayang & rasa cinta Allah terhadap hamba Nya
Andai kau tahu… bahawa semua itu boleh menjadikan mu orang yang lebih Sabar, lebih Bersyukur, lebih Ikhlas, lebih Bertawakal, dan lebih dekat kepada Allah
Kerana bagi Allah, sangatlah mudah melepas setiap permasalahan hamba Nya setiap saat. Tapi justeru kerana Allah begitu perhatiaan kepada mu, begitu sayang pada mu, dan begitu mencintaimu…

Maka Dia menguji setiap hamba Nya untuk senantiasa mengingatkan mereka bahawa Allah selalu ada untuk mereka & sungguh Pertolongan Allah Sangat Dekat.

Ujian atau cubaan yg menimpa kita adalah peringatan dari Allah
agar kita boleh memperbaiki diri dan senantiasa bertaubat sehingga kita menjadi lebih baik lagi, sehingga pada saat kita bertemu dengan Allah nanti, kita sudah dalam keadaan bersih, tanpa dosa.

Dan kelak ketika kita menghadapi ujian sebenarnya di Liang Lahad oleh Malaikat Mungkar & Nakir, kita boleh menjawab dengan baik & boleh menikmati masa istirahat sampai Hari Kiamat Tiba.

Ingatlah…
Nabi Muhammad SAW pun dahulu mendapat ujian yg sangat berat, padahal Nabi Muhammad itu merupakan hamba yg paling disayang Allah & sudah dijamin masuk syurga. Tapi semua itu dilakukan kerana Allah sangat mencintainya.

"Setiap muslim yg terkena musibah, penyakit, atau yg lainnya, pasti akan Allah hapuskan berbagai kesalahannya, seperti sebuah pohon menggugurkan daun-daunnya" (HR Muslim)

"Ujian itu akan selalu datang menimpa seorang mukmin & mukminah, baik pada dirinya, pada diri anaknya, atau pada hartanya sehingga ia bertemu dengan Allah tanpa batas dosa sedikitpun" (HR Tirmidzi)

Kita mendekati Allah sejengkal, Allah mendekati kita sehasta. Kita mendekati Allah sehasta, Allah mendekati kita sedepa. Kita mendekati Allah dengan berjalan, Allah mendekati kita dengan berlari.
Subhanallah betapa Allah sangat mencintai ku…

Sahabatku…
Begitu banyak hal yang telah Allah berikan kepada kita sebagai bukti bahawa Allah sangat mencintai & menyayangi kita, bahkan kita tak akan mungkin boleh menghitungnya.
Lalu kenapa terkadang kita tidak dapat mencintai Allah dengan sesungguhnya…

Sahabatku…
Dekati Allah… Jaga selalu Allah dihatimu… Ingatlah Allah dimanapun kamu berada
Cintailah Allah dengan sesungguhnya dengan Taubat Nasuha…
Dirikanlah solat 5 waktu tepat waktunya & jangan menunda-nundanya
Dan janganlah kamu simpan kitab mu didalam almari sehingga penuh debu, tapi bacalah kitab Suci mu Al Quran & pelajari makna yg terkandung didalamnya
Sedekah kanlah sedikit rezeki mu kepada orang-orang yg kurang mampu
Perbanyaklah mengingat Allah dengan selalu berzikir & bertasbih
Dan janganlah kamu selalu menuntut hakmu kepada Allah… padahal kamu sering lalai menjalankan kewajibanmu kepada Allah
Tetaplah berprasangka baik kepada Allah, Kerana sesungguhnya Allah sangat menyayangi & mencintaimu…

Sahabatku…
Sebelum terlambat… selama kita masih diberikan Nafas oleh Allah…
Mari kita Cintai Allah dengan sepenuh hati dengan TAUBAT NASUHA
Luruskan Niat mu…Perbaiki Niatmu… dengan Niat Yang Sungguh-sungguh kerana Allah & mengharapkan Redha Allah… mulai Hari Ini… Sekarang Juga… Dan Jangan Menundanya Sampai Besok…
Kerana belum tentu Esok Hari Kita Masih dapat Bernafas…
"Satukanlah dirimu dalam ketaatan dan ketakutan pada Allah sebagai pakaian persiapan akhiratmu, serta berupayalah untuk tempat tinggalmu yg abadi nanti"

Semoga bermanfaat dan penuh Keberkatan dari Allah.....



Sunday, June 19, 2011

~ saat ini ~


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...i'm safely arrived at Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)...My first view,, it's a nice place...don't have time to write on my blog...i'm too busy lately...and this week , i have many quiz to attend...chemistry, biology, mathematics, sc. comp...fuuhhhh....

It's ben a long time since i don't have enough time to spend on my blog...i think, it's about a month, maybe...Alhamdulillah,, i got kind and caring roomates ; syaheera azlan shah (cha @ syera ) , nur syuhadah ( adda ) and illiyyin ( ayin )...hopefully, our friendship will go on forever...

and...today,,, i just came back from clinic with my sister...erm, maybe kot...hehe...it have been a lng time ago since i don't get sick again...the last time ia at home...and i can't get up from bed since last evening after came back from 'perasmian kemas' at gopeng...i'm very3 felt sick for the whole time and i can't move..i will fell sick when i move...just crying and crying and crying...

Alhamdulillah...i fell better now and in my mind now is i must prepare for those tests for tomorrow and the next days....

wish me luck and i hope i get full marks in this quiz...amen..

ok lah...got to go now and prepare myself...byebye....