Sunday, February 26, 2012
~ permasalahan : mendoakan orang bukan Islam ~
~ bila hati kata cinta ~
back to the topic...the hottest topic for every FEBRUARY every year la katakan..
Perempuan yang beragama pula takkan sewenang-wenangnya meng’accept’
...
Lelaki yang beragama akan terus malamar seorang perempuan beragama
Perempuan yang beragama pula akan bersetuju untuk menerima lamaran istimewa
Alangkah indah jika cinta yang disemai atas kerana-Nya
Tingkah laku cinta juga atas dasar batas-batas agama-Nya..
Bertemu cinta dalam usrah dan halaqah
Untuk sama-sama menyebarkan dakwah di jalan fisabilillah..
Moga-moga, kita bertemu jodoh di atas jalan dakwah.. ^^
Percayalah..
Cinta Itu Indah
Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah..
Bila Tujuannya Kerana Allah
Janji Allah terakam di Surah Al-Nur, ayat 26 ;
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.
(An-Nuur : ayat 30)
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nuur : ayat 31)
Thursday, February 16, 2012
~ bila hati cintakan Islam ~
:: buat renungan bersama ::
bila hati cintakan islam
masa berlalu terlalu singkat
kerana gerakan kerja islam terlalu banyak
ingat Allah disetiap langkah dan perkiraan masamu
win as mujahid or die as assyahid
bila hati cintakan islam
maka semuanya akan terselamat
itu juga menandakan hati hidup
tapi ramai yang katakan cinta
tetapi sikap diri kita mencerminkan sebaliknya
bila hati cintakan islam
tak kisah korbankan segala-galanya
harta, masa, tenaga dan dunia
segalanya demi islam tercinta
bila kita didatangi ujian
itu menandakan Allah menyayangi kita
dengan memberi sesuatu yang lebih baik
selepas berlalunya ujian itu
kerana tanpa ujian tersebut
kita akan alpa pada-Nya
dengan ujian tersebut
diri dapat ditarbiyah
* * * * * * * * * * * * * * *
~ cinta Allah terlindung disebalik dugaanNya ~
dimana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung
:: jangan pernah mengalah dijalan Allah ::
* * * * * * * * * * * * * * *
"janganlah kamu bersikap lemah
dan janganlah pula kamu bersedih hati
padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya
jika kamu orang yang beriman"
surah ali-imran : 139
* * * * * * * * * * * * * * *
ketika satu pintu kebahagiaan tertutup
pintu lain dibukakan..
tapi, seringkali kita terpaku terlalu lama
pada pintu yang tertutup itu
sehingga tidak melihat pada
pintu lain yang terbuka untuk kita...