Thursday, March 22, 2012

~ 15 kelebihan Kaabah dari sudut saintifik ~


Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah.
Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji.
Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.



Cara tunaikan tawaf di Kaabah,Mekah



1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.


2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian
yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.


3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung
kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai
pertahanan daripada segala serangan penyakit.


4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang
berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ
adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.


5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang
tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya.
Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi,
penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa,
mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.


6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.


7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang
ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca
apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi..


8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam
dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak.
Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun
di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.


9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi
satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga,
graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.


10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik
otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga
tulang belakang dan menghasilkan sel darah.


11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan
tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta.
Semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam,
Allah telah tentukan hukumnya begitu.


12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia
mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka'abah mengikut lawan jam,
bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan
sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah
orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.


13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada
tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud
tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan
sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.


14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala
kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena
untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah.
Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula
sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar
dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.


15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul.
Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram.
Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau
reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik
saja akan diterima oleh tubuh.





Sunday, March 18, 2012

~ amalan Nabi s.a.w. ketika ribut ~


Hazrat ‘Aishah r.anha meriwayatkan bahawa apabila berlaku ribut dan taufan, akan zahir perubahan pada wajah Nabi SAW. Wajah Baginda SAW akan menjadi pucat. Baginda SAW akan berjalan keluar masuk dalam keadaan resah sambil membaca doa ini,

“Ya Allah, aku memohon daripadaMu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada dalamnya dan kebaikan yang Engkau kirim dengannya dan aku berlindung denganMu daripada keburukan angin ini dan keburukan yang ada di dalamnya dan keburukan yang Engkau kirim dengannya.”


Apabila hujan mulai turun, kegembiraan mula kelihatan pada wajah Nabi SAW. Saya bertanya, “Wahai Rasul Allah, apabila melihat awan, semua orang akan bergembira kerana awan ialah tanda akan turun hujan, sebaliknya tuan kelihatan gelisah.”


Baginda SAW bersabda, “Wahai ‘Aishah, adakah aku boleh berasa yakin bahawa tidak ada azab bersama-sama angin itu? Kaum ‘ad telah diazab dengan perantaraan angin. Apabila mereka melihat awan, mereka bergembira lalu berkata, “Awan itu akan membawa hujan untuk kami” Sedangkan dalam angin itu ada azab.”

Firman Allah SWT:
“Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata, ‘Ini ialah awan yang membawa hujan kepada kita.’ (Mendengarkan kata-kata demikian Nabi Hud a.s. berkata) “Tidak, bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan iaitu azab yang tidak terperi sakitnya. Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya.” (setelah azab itu menimpa mereka) maka mereka menjadi punah ranah tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa.” (al-Ahqaf : 24 & 25)

Inilah sifat takut kepada Allah SWT yang ada pada diri Rasulullah SAW. Walaupun daripada sabdaan Baginda SAW sendiri menunjukkan bahawa Baginda SAW ialah ‘Saiyyidul-Awwalin-wal-Akhirin’ (yang bermaksud penghulu semua org terdahulu dan terkemudian). Dalam kitab suci Al-Quran pun ada ayat yang menyatakan bahawa Allah SWT tudak akan mengazab umat ini selagi Nabi Muhammad SAW ada bersama mereka. Sungguhpun Allah SWT telah berjanji sedemikian namun apabila Baginda SAW melihat awan hitam dan ribut, Baginda SAW masih teringatkan azab yang menimpa kaum yang terdahulu kerana ketakutan mendalam terhadap Allah SWT.

Berdasakan kisah ini, marilah kita melihat keadaan diri kita sendiri. Meskipun hampir setiap masa kita terlibat dengan dosa, namun selepas melihat gempa bumi dan pelbagai azab yang lain, kita tidak pun terkesan dengan azab-azab itu. kita jyga tidak menyibukkan diri dengan taubat, istigfar dan solah tetapi sebaliknya kita menyibukkan diri dengan pelbagai kajian yang sia-sia.

Original Article: Self Freedom Emotion.


~ 22 waktu dimakbulkan berdoa ~


Terdapat 22 waktu dimakbulkan do’a:-

1.Berdo’a sewaktu hujan turun.
“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Abu Daud).

2.Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis diatas.

3.Selesai membaca al-Fatihah dalam solat.

4.Selepas mengucapkan ‘Amin’ apabila selesai membaca surah al-Fatihah.
“Apabila imam mengatakan ‘Amin’, maka ucapkanlah ‘Amin’. Sesiapa yang mengucapkan ‘Amin’ bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5.Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.
“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6.Waktu di antara azan dan iqamah.
“Tidaklah ditolak do’a di antara azan dan iqamah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

7.Ketika sujud dalam solat.
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo’a.”
(Hadis Riwayat Muslim).



8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.

9.Selesai solat fardu.
“Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., ‘Do’a manakah yang didengar (Allah)’ Sabda baginda, “Do’a itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

10.Sepanjang waktu berpuasa.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Tiga bentuk do’a yang dimustajabkan Allah; do’a ibu bapa terhadap anak, do’a orang yang berpuasa dan do’a orang yang bermusafir.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

11.Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan.

12.Ketika khatam 30 juz al-Qur’an.

13.Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab do’a.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya”. (Hadis Riwayat Bukhari).

14.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.
“Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

15.Pada hari ‘Arafah iaitu 9 Zulhijjah.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sebaik-baik do’a adalah pada hari ‘Arafah, dan sebaik-baik do’a yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu’. (Hadis Riwayat Tirmizi)

16.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.
“Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah, Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka menjawabnya (menunaikannya) mereka berdo’a kepada Allah lalu Allah terimanya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

17.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, “…dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan Kulindungi.”

18.Waktu menerima ujian.
“Atau siapakah yang memperkenankan do’a orang yang menderita apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati nikmat Allah itu (Surah al-Naml ayat 62)

19.Ketika berperang kerana Allah.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Dua jenis do’a yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. atau jarang-jarang sekali ditolak; do’a sewaktu azan dan ketika berlakunya peperangan.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)


20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.
Ummu Salamah r.ha. melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu.” (Hadis Riwayat Muslim)

21.Selepas saat kematian seseorang.
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, “Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata.” lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : “Janganlah kalian berdo’a untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendo’akan untuk kalian.” Baginda kemudiannya mendo’akan untuk Abu Salamah r.a”.

22. Ketika ayam berkokok.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” (Hadis Riwayat Bukhari) Sahabat yang dimuliakan,


Marilah sama-sama kita berusaha untuk berdo’a diwaktu-waktu mustajab do’a.
Semoga dengan ikhtiar kita yang sedikit ini Allah perkenankan do’a-do’a kita dan meletakkan diri kita bersama barisan hamba-hamba-Nya yang di redhai di dunia dan akhirat.
(Dipetik dari buku 101 Do’a daripada Hadis-hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed.)

~ nothing ~




i feel something...
something that i can't explain to the others...
something that the others don't know...
something that make me cry suddenly...
i don't wanna cry in front of other...
they will think i'm weak...
i'm hurt inside myself...
it's okay to pretend i'm fine
because i don't wanna annoy
people with my problems..




rindu sgt2 kt arwah cik... ='(
care for me since i'm 4 years old..
nasihat dgn lembut...
jage mase kena demam panas...
teman tdo mase umi+abh pegi mekah...
btkn ketupat sotong+bubur lambuk...
sambal nasi lemak yang 'power'...




tears and pain from past made me the person i'm today~

it's tough when someone i love miss starts to ignore me...
but,
it's even tougher when i have to pretend thats i don't mind..
silent = no one will hurt, but i'm hurt inside...
just laugh+smile whatever comes in the future...




~ mabrouk alaih buat paksulie & maksuiti ~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
masa terus berlalu...semakin cepat, semakin singkat...
rindu nak balik kg kk...
nak tengok passulie ngan maksuiti kawin...
* warghhh =( *sedey2...


tengok picture je la ni ='(
(cantik+cun+hensem+cute+comey)
pe lagi ek =.='











p/s : moga paksulie n maksuiti
bahagia selalu+panjang umor+murah rezeki...
^_~




Tuesday, March 13, 2012

~ dating & outing ~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

hari berlalu semakin cepat sekarang...tuptup dah tengah bulan March...so, we all going to spend our precious time together more frequently...
*will miss this moment*
*big clap...hands down*


~ jusco + tesco : here we go!!! ~



~ dorayaki's lovers ~





~ jalan pandang depan la cik kak!! ~



~ lunch time ~




~ semangat korea ~



~ kanak2 riang ~




~ cheers + smile ~



" life is short, so smile while we still have T.E.E.T.H "


Tuesday, March 6, 2012

~ bedah tikus ~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...i'm satisfied... *smiley panjang*
dah selamat buat experiment "dissection : circulatory system"...
puas hati sangat2 bila dapat buat sendiri benda ni...
at least, i got some experience...
* hehehe... =) *
got some picture for this session~


~ tikus putih kena syahid ~
=P













~ that's all for now ~