Saturday, April 16, 2011

~ cuti hujung minggu ~



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...

Syukur kepada Yang Maha Esa kerana, diwaktu hujung minggu ini, dapat lagi spend masa dengan family tersayang...walau pun ada juga pergaduhan, tapi macam pepatah melayu kata "carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga"...nak buat macam mana, dah lumrah hidup camni kan...bukan kita boleh terima seseorang 100% dan bukannya orang len boleh terima kita 100%...


" Hidup tak selalunya berseri,
tapi yg berseri itulah yg menyinari hidup..
Hidup tak selalunya gelap,
tapi yg gelap itulah punca kita mencari sinar buat hidup
yg berseri..
Madah tak semestinya indah krn yg indah itu hanya
bersifat sementara..
Mencari maksud makna madah yg indah amat bererti
buat kehidupan yg indah dgn sinar yg berseri seri... "

cik ngah balik smule da~ hanya kerana xm MUET!!!nak kata membazir pn tak boleh...dah adat hidup zaman milenium la kan...tak leh kata pe dah...diam je la...ayah lan plak, mtak tmpangkan fatah dan muiz tido kat umah semalam...ok la~ yang bengang nye, ade plak yang usik hantu kat dyorg...nanges2 nak p kat ayah lan...padahal ayah lan temankan makcik yana kat hospital...lastly, umi suh dyorg tdo jep...

dalam kol 3 pg plak, nanges2 muiz tepi abg tam kate nye, ''nak tido kat acik~''
hantar la kat bilik atas...bising giler ketuk pintu tuh, last2 masuk cmtu je, panjat katil n nanges...aduish...tak penah2 lak sblm ni cmni...klaka pn ade...geram pn ade...dah la pagi2 buta plak tuh...

dalam kol 4 pg plak, umi naik bilik...terkejut tgk muiz hilang...bkk lampu n check...x pasal2 x lay tdo smlm...tdo buas...hehe~ =) da kte da, jgan tdo buas, 6t jatuh sakit...last2, jatuh jgk dr katil...hahaha~ ksian pn ade...klaka lg la ade...

kol 5 lak, umi dgn abh p ambk angah...kat blik maen bkk ttup lmpu je la...
pg2 lg da kne bgn...lpas subuh, kne siap...

1- hantar angah xm MUET kt smk seri nilam
2- hantar mat ziq klas tmbahan kt sk tok jiring
3- hantar umi meeting pibg kat smka tok jiring
4- hantar izzah skolah ganti sbb cuti awl mse raye cina

n then, umi kol kate klas mat ziq BATAL!!!
n sakit perut x baik lg!!!
cmne nk p klas kete kol 10???
lastly, balik umah n kol cg mtak batal...
ALHAMDULILLAH~


balik je umah, ayah mai hntar surat dari PLKN...sesi 2 ni n kne daftar 15 hb 4 nih...



dalam kol 2 ptg lak, umi ngan abh pn ajak p masjid almuktafi billah shah utuk dgar taklimat dari pihak AQM utk ke mesir...tak taw pe feeling lpas dgar taklimat tuh...rse nk p sne brkobar2...rse takot pn ade jgk...boleh ke aku nk blaja kat sne???

abh tnye nk p Al-Azhar @ Zagaziq...klu Al-Azhar ketat sket sbb kne hafal 4 juzuk, blaja BA n macam2 lg...tp klu Zagaziq longgar sket, klas Quran tak de, kuliah agama tak wajib, murah dari AL-Azhar, kos sara hdup pn rendah...
da jd konfius n tak taw da...



balik umah lak...ada insiden len...izzah terjerit2 kate ade ular kat sliding...and this all i can show~

~video hari ini~




Tuesday, April 12, 2011

~ renungan ~



Dua orang sahabat telah bertemu sejak sekian lama terpisah, dalam pertemuan itu, salah seorang dari mereka yang agak sudah uzur seingkali mengeluh panjang. Hal sedemikian disedari oleh sahabatnya lalu ia bertanya " Ada apa dengan kamu?"...



Lelaki yang sudah berumur menerangkan bahawa setiap hari sepanjang 24 jam ia perlu menjaga dan merawat beberapa jenis binatang liar dan ganas antaranya



2 ekor burung helang liar bebas.

2 ekor arnab yang lincah tidak duduk diam

2 ekor burung hering pemangsa yang kasar dan licik.

Seekor ular yang berbisa dan merbahaya

Seekor singa yang ganas dan buas.



Lelaki yang lebih muda menggeleng kepala tidak percaya. " Mana mungkin kamu yang sudah tua dan lemah berupaya menjaga dan merawat semua binatang liar dan ganas bersendirian". Kata lelaki muda.



Sambil memegang bahu sahabatnya, lelaki tua itu berkata :



2 ekor burung helang liar bebas itu adalah kedua mataku yang perlu aku bataskan agar tidak bebas menceroboh privasi yang haram dan jijik.



2 ekor arnab yang lincah tidak duduk diam itu adalah kedua kakiku yang perluku hambat dari melangkah kosong atau mengarah ke lembah hina.



2 ekor burung hering yang kasar dan gagah pula adalah kedua tanganku yang perlu aku rantai dari menzalimi atau memperjuangkan kemungkaran.



Seekor ular yang berbisa dan merbahaya adalah lidahku yang ringan untuk memcalarkan maruah orang lain atau menyebar fitnah dan kepalsuan.



Seekor singa yang ganas dan buas adalah hatiku yang seringkali menguasai akalku untuk tunduk kepada syaitan dan nafsu...








Bersabda Nabi Sallallahu˜alaihi wassalam: "Sesiapa yang selalu

beristighfar (minta keampunan dosa), nescaya Allah akan

menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan,

kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki

tanpa diduga olehnya". (HR Abu Daud)








Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, kerana kamu paling tinggi

darjatnya jika kamu orang yang beriman" (Ali-Imran:139)

Perbaikilah akhlakmu, berhiaslah dengan akhlak yang solehah berdasarkan Al-Quran dan

Sunnah kerana bukan saja kau akan mendapatkan sebuah rumah di bahagian teratas syurga,

kau juga akan mendapatkan kecintaan Allah Taala.

───────────────█─█──────
──────████──█──█─█──────
──────█──█──█──█─█──────
──────████──█──█─█──────
─────────███████─█──────.








Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:”Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi

seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara

benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu).

Mimpi itu ada tiga jenis:

(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah,

(2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan,

(3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu

jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan

menceritakannya kepada orang lain.”

~ alasan kantoi examm.. ~



Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,
Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…

Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik …
Mari kita kira!



Hari Minggu

52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.



Hari Cuti Umum

Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.


Cuti Semester

Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.


Baki tinggal 223.

Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.


Beribadat

Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.


Bermain

Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.


Makan :

Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.


Berborak

Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.


Sakit

Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.


Exam

Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.
Baki tinggal 21 hari.


Refreshing

Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.


Surfing Internet

Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan page gmbar2 lwk dan video gempak . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.


Jadi

baki tinggal 1 hari


Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!!!!




Sunday, April 10, 2011

~ satu hari ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...dapat jugak meneruskan hidup di muka bumi ini yang penuh dengan pancaroba dan karenah manusia yang pelbagai...letih bila memikirkan apa yang akan terjadi dan apa yang patut dilakukan bila berhadapan dengan situasi begini...bila terkenangkan semua ni, hati ini tetibe je jd sedih + kecewa + sakit dan pelbagai perasaan yang tak dapat digambarkan...

seringkali terfikir :
apa salah aku???
tapi bila difikirkan balik,,,
ada hikmah disebaliknya...
mungkin Allah nak tunjuk pada aku apa yang aku tak nampak...




angah da balik tadi dalam kol 8.00 malam...tak taw nk kte ape...da tak ade perasaan mne kerana terlalu letih...yang ada dalam kepala otak " aku nk rehat dan tido!!! " ... mase nk kuar umah td, abg tam da kte, ' klu acik ikt umi,, atam nk bkk sume lmpu kat umah..'
hampeh tol la bdop ni sorg...harap bdan je besor tp,, hati nyer kecik...hehehe~ =)


~ cik ngah yg montel ~



hari ni jugak, ada event alumni batch A.P.I kat skolah ku...aip2, clap la...ex-skul...hahaha...tapi, tak dapek den nk p sbb x dk org hntar n da ade date ngan mak sedare ku...huhu~tapi, rse2 cm ramai jgk yg x mai kt event tuh...ikot ske aty la...asalkan tak susahkan org len..kannn???


~ batch 0610~



walaupun tak pergi ke skolah...tapi, dapat timba ilmu bru ari ni...blaja masak nasi mendy...best lorh...tak la blaja mne pn sbb x tgk btol2...hahaha...p tolong buat salatah jep...banyak jgk kteorg bt sbb skolah ayh kim ada tmpah utk meeting guru...


~ best lorh makan nasi mendy neyh ~



untuk tatapan sesape yang nk knal nasi mendy
hihi...jangan mara~

Saturday, April 9, 2011

~ 3 hari 2 malam ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Cuti...inilah waktu yang ditunggu2...walau pun hanya 3 hari 2 malam, tapi banyak perkara yang berlaku...semua pun dah balik utk berkumpul di rumah...hanya along dan angah je yg tak de...tapi angah akan balik hari ahad...yahoo!!...bleh la 'membalas' dan 'korek rahsia'...hahaha =) tunggu dan lihat je la...malam khamis baru ni, abah ajk p makan kat ahlan restaurant...ape lagi, makan roti tempayan la...muke sensorang pn da mcm tempayan je...hehe~


~ sedikit sebanyak pic yg sempat diambil ~






hari Jumaat menjelma tibe...ayah mai umah semalam, bagitau p makan kt umah die hari jumaat lepas zohor...nenek baru yang masak...dedikasi khas utk along dan angah yang tak turut serta...makan nasi dagang special...best lorh...haha...sume sedare mare sblh ayah mai...ade la jgk yg x mai kerana ada aral melintang...rugi lorh sape yg tak rase...betol2 TOP...


~ buat kenangan ~




petang jumaat plak nye...dikejutkan dgn berita makcik yana dah nk beranak...gopoh ayah lan nak kejar ke hospital...tapi, di sebabkan lambat sgt nk dptkan signature ayah lan, org len yg dah msuk dlu blik bedah...tak taw la plak pukul berape beranak...yang konfem nye, da dapat anak LELAKI jugak...ksian laa~ da teringin sgt nak ank pompuan, tp x dapat...pape pn, da rezeki dorg la...

tadi,, duk gurau nk cakap ngan adek izzah...tetibe je di tampar pipi...skit aty btol la...ble tnye, dy kte ade nyamuk besar kat pipi...ps2 nk tepuk hidung org lak...bru la thu, pndai lorh dy skang nk knekan org len...blajar kat mne tah...pape pn, best la usik dy...hahaha~ =)



~ sekadar renungan ~

Tinggalkan 5 Perkara.

• Tinggalkan pandangan yang liar, nescaya anda akan tekun dan khusyuk.

• Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, nescaya anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.

• Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah.

• Tingggalkan melihat kekurangan orang lain, nescaya anda akan lebih mengenal kekurangan diri sendiri.

• Tinggalkan penyelidikan yang terlampau mendalam tentang Zat Allah, nescaya anda terhindar dari keraguan-keraguan dan kemunafikan

Saturday, April 2, 2011

~ kisah mencuit hati ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Syukur kehadrat Ilahi kerana plan yang dirancang pada hari ni berjalan lancar...walau pun terlewat sket ( konon r ), kecut perut jugak nak jumpa cg ariati tuh...haha...macam2 la bnda yang jadi...hari ni p jalan ikut laluan 1...dkat traffic light nk ke psm, enjin da mampus...adoi...klaka pn ade...lpas kli 1 mampus, trus mampus bnyk kali...emg x ley mampus lgsung la klu nk ok...klu da mampus enjin skali, jadi K.O la jawabnya...


habis je kelas memandu, abah n umi trus ajak p pasar manir...rmai jugak manusia2 di sana walau pun dah dekat kul 11 pagi...disebabkan x dk tmpt nk parking, trus masuk ke kwsn rumah pakcik syukri n makcik linda...bnyk jgk barang yg diborong...pada hal kat umah, ade bnyk lagi buah2an yang x abes dimakan...berat tol la nk angkat...naseb baik sket je...


~ pasar manir ~




balik je dri pasar manir, trus same2 buat "riadah bersama family terchenta" d tengah hari yang panas terik...pelik tol la...umah pn x kmas lgsung ari ni...umi punye pasal, kite buat la...seronok jgk...bley kuatkan otot bisep n trisep...dengan adenya adik izzah suasana jadi meriah..kejap2 nasyid la, mulut tu asyik pot pet je...x ley senyap langsung...hehe~


~ nk mesin tebu plak ~



akhir nya, da siap je bt...trus masuk bilik tdo jap...letih bangat dong...pape pn, banyak memori hari ni...
i love my family so much~

Friday, April 1, 2011

~ jom kita amalkan ~


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...walaupun jadual seharian amat meletihkan,, tapi hati masih lagi boleh terisi...naseb baik ada join group 'remaja masjid' kat yahoo...ade jugak la yang mengingatkan tentang apa yang kita lupa...syukur atas nikmat-Mu, Ya Allah...



fadhilat membaca ayat kursi selepas solat :

sabda Rasulullah s.a.w :
"sesiapa yang membaca ayat kursi pada penghujung setiap solat fardhu ( iaitu selepas solat ) , tidak akan menegahnya drpd masuk syurga melainkan ianya meninggal dunia."

~ hadis riwayat oleh Imam Nasai' dan Ibnu Habban dalam sahihnya drpd Abu Umamah ~

maksudnya :
hanya mati sajalah yg mmbolehkannya masuk ke syurga, iaitu jika orang itu meninggal dunia dan tempatnya ialah terus ke syurga...




diantara 10 surah mujarab :

1- surah al-fatihah
amalkan sebelum hendak tidur diikuti dgn membaca surah al-ikhlas 3 kali, surah al-falaq dan surah an-nas...insya-Allah akan aman tenteram dan terjauh drpd gangguan syaitan...
dianjurkan membaca surah ini 44 kali utk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain2 nya dgn izin Allah...utk mncegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dgn mengerjakan solat 5 waktu


2- surah yaasin
telah bersabda Rasulullah s.a.w. : "sesungguhnya bg setiap sesuatu itu ada hati dan hati
Al-Quran ialah surah yaasin...sesiapa yg mmbaca surah yaasin, nescaya akan ditulis oleh Allah pahala menyamai 10 kali mmbaca Al-Quran seluruhnya."
( hadis riwayat At-Tirmizi dr Anas r.a. )..

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : "surah yaasin dinamakan didalam kitab Taurat dgn sebutan "At-Mu'ammah"(yang umum), yg mgumumkan pembacanya dgn kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahupun di akhirat. pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mgampunkan dosanya.."
( hadis riwayat Malik, Ibnu Sunni dan Ibnu Hibban )...

surah yaasin jika diamalkan juga, akan terselamat dari kehausan di hari KIAMAT...

3- surah ad-Dukhan
dibaca sekali pada malam jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar...


4- surah al-Waqiah
menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w. mereka yang mengamalkan membaca surah al- Waqiah pada tiap2 malam , insya-Allah tidak akan merasai kepapaan...mereka yang membacanya sebagai wirid, insya-Allah akan beroleh kesenangan selama2nya...mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya-Allah akan dikurniakan dgn rezeki yang banyak...selepas solat Isya' , ambillah segelas air lalu bacalah surah al- Fatihah sekali, ayatul Qursi sekali dan surah al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali, tiup dalam air dan minum...dalam hati niat utk mnjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga kita...makna surah al-Waqiah ayat 35-38 ialah : "sesungguhnya kami telah mnciptakan isteri2 mereka dgn ciptaan istimewa serta kami jadikan mereka sentiasa dara
( yang tidak pernah disentuh ), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dgn umurnya...


5- surah al-Kauthar
sesiapa yang mgamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan mghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat...sesiapa yang membacanya 1,000 kali juga selepas solat Isya' hingga dia tertidur, insya-Allah akan dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya...


6- surah al-Kaafirun
sesiapa yang membaca surah al-Kaafirun , maka bandingan nya seperti membaca seperempat Al-Quran, disamping terlepas drpd syirik, terjauh drpd godaan syaitan dan terlepas drpd peristiwa yang mengejutkan...( riwayat At-Tirmizi )..

sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita...


7- surah al-Mulk
surah al-Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya...menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w mereka yang mengamalkan membaca surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa2nya... mereka yang membacanya pada setiap malam, insya-Allah akan terlepas drpd azab kubur...


8- surah al-Ikhlas
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kpd isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : " wahai Aisyah, isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Quran"
Siti Aisyah lalu mnjawab : " wahai suamiku, aku tidak mampu khatam Al-Quran sebanyak 30 juzuk itu."...apabila mendengar kata2 tersebut, baginda tersenyum lalu menjawab :
"barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah2 dia telah khatam Al-Quran keseluruhannya"...dari Rasulullah pernah bersabda kpd Saidina Ali r.a., "sesiapa yang hendak bermusafir, kemudian ketika dia hndak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali"...Ibnu Said Al- Khanafi menerangkan : "surah ini dinamakan surah al-Ikhlas yang bererti bersih atau lepas. maka barangsiapa yang membacanya dan mengamalkannya dgn hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan dari kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakaratul maut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari Kiamat."


9- surah al-Falaq
Siti Aisyah menerangkan : "bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, baginda membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. barangsiapa yang terkena penyakit kerena perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah al-Falaq dan surah an-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut2. barangsiapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut akan kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah surag al-Falaq dan surah an-Nas sebanyak 100 kali..."


10- surah an-Nas
surah an-Nas adalah surah yang terakhir ( ke 114 ) dalam Al-Quran. nama an-Nas diambil dari kata an-Nas yang berulangkali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. surah ini termasuk dalam golongan surah makiyyah. isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahupun jin. surah an-Nas juga adalah penerang hati.



~ RENUNG2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL ~