Tuesday, April 12, 2011

~ renungan ~



Dua orang sahabat telah bertemu sejak sekian lama terpisah, dalam pertemuan itu, salah seorang dari mereka yang agak sudah uzur seingkali mengeluh panjang. Hal sedemikian disedari oleh sahabatnya lalu ia bertanya " Ada apa dengan kamu?"...



Lelaki yang sudah berumur menerangkan bahawa setiap hari sepanjang 24 jam ia perlu menjaga dan merawat beberapa jenis binatang liar dan ganas antaranya



2 ekor burung helang liar bebas.

2 ekor arnab yang lincah tidak duduk diam

2 ekor burung hering pemangsa yang kasar dan licik.

Seekor ular yang berbisa dan merbahaya

Seekor singa yang ganas dan buas.



Lelaki yang lebih muda menggeleng kepala tidak percaya. " Mana mungkin kamu yang sudah tua dan lemah berupaya menjaga dan merawat semua binatang liar dan ganas bersendirian". Kata lelaki muda.



Sambil memegang bahu sahabatnya, lelaki tua itu berkata :



2 ekor burung helang liar bebas itu adalah kedua mataku yang perlu aku bataskan agar tidak bebas menceroboh privasi yang haram dan jijik.



2 ekor arnab yang lincah tidak duduk diam itu adalah kedua kakiku yang perluku hambat dari melangkah kosong atau mengarah ke lembah hina.



2 ekor burung hering yang kasar dan gagah pula adalah kedua tanganku yang perlu aku rantai dari menzalimi atau memperjuangkan kemungkaran.



Seekor ular yang berbisa dan merbahaya adalah lidahku yang ringan untuk memcalarkan maruah orang lain atau menyebar fitnah dan kepalsuan.



Seekor singa yang ganas dan buas adalah hatiku yang seringkali menguasai akalku untuk tunduk kepada syaitan dan nafsu...








Bersabda Nabi Sallallahu˜alaihi wassalam: "Sesiapa yang selalu

beristighfar (minta keampunan dosa), nescaya Allah akan

menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan,

kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki

tanpa diduga olehnya". (HR Abu Daud)








Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, kerana kamu paling tinggi

darjatnya jika kamu orang yang beriman" (Ali-Imran:139)

Perbaikilah akhlakmu, berhiaslah dengan akhlak yang solehah berdasarkan Al-Quran dan

Sunnah kerana bukan saja kau akan mendapatkan sebuah rumah di bahagian teratas syurga,

kau juga akan mendapatkan kecintaan Allah Taala.

───────────────█─█──────
──────████──█──█─█──────
──────█──█──█──█─█──────
──────████──█──█─█──────
─────────███████─█──────.








Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:”Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi

seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara

benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu).

Mimpi itu ada tiga jenis:

(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah,

(2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan,

(3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu

jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan

menceritakannya kepada orang lain.”

No comments:

Post a Comment