Thursday, March 1, 2012

~ setiap minit azan dilaungkan ~



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *



“Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ana. Subhanallah…ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Pesuruh Allah’. Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik sahaja masuk waktu Subuh, azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Keagungan Allah swt dan Nabi Muhammad s.a.w.
Allahu Akhbar!

Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1 ½ jam.

Belum pun laungan Azan di merata Indonesia selesai, ianya akan bermula pula di Malaysia. Berikutnya akan disusuli di Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikut laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Sringar di barat India.

Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah 1 jam. Dalam jangka masa itu, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa Azan bermula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9 ½ jam. Belum pun Azan Subuh berkumandang di pantai timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), pasti akan bergegar saru dunia dengan laungan Azan yang tidak putus-putus.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

No comments:

Post a Comment